Seharusnya dari awal2 lagi aku menghindari dari bercinta dengan anak orang keluarga berada,
Tetapi disebabkan kerana sikap ku ingin membantu dia melupakan kisah sedih dia bersama bekas kekasihnya yang dahulu,
Aku telah menawarkan hatiku kepada dia utk bercinta jarak jauh,
Dan akhirnya dia pun setuju....
Lama kelamaan perasaan sayang antara satu sama lain wujud di antara kami berdua,
Dia pernah menangis kepadaku tengah2 malam sekitar jam 3 pagi,
Aku difahamkan dia merindui arwah abahnya,
Pada masa itu aku sedar betapa lembutnya hatinya,
Aku tahu dia perlukan perhatian, kasih sayang, dan kata2 semangat dariku utk kembali bersemangat meneruskan liku-liku kehidupan,
Aku tidak pandai nak bermadah manis pujangga,
Tetapi apa yang aku ingin bagitau aku begitu mencintainya sepenuh hati dan seikhlas hatiku...
Dia berasal dari Negeri Melaka,
Aku mencintai dia sepenuh hatiku tanpa rasa lelah walaupun berbagai dugaan yang sering kali datang menguji diri kami berdua,
Aku cintakan dia bukan kerana harta atau paras rupa,
Aku dapat merasakan diantara kami berdua mempunyai persamaan yang sama,
Dia ank keempat dan aku pun anak keempat,
Rasanya xperlulah aku bagitau lebih2 persamaan kami tu,cukup sekadar pengetahuan saja...
Pada saat aku ucapkan I LOVE YOU,
Disaat itu juga aku dah pun berjanji pada diriku yang dia lah cinta terakhirku,
Dan aku berhajat dalam hati dengan nama Tuhan ingin menjadikan dia sebagai isteriku kelak,
Pada saat itu aku dah pun menemui cinta sejati ku,
Walaupun bunyinya macam kelakar atau poyo tetapi itulah hakikatnya yg tidak boleh aku nafikan,
Kitorang bersumpah setia bersama2 utk meyakinkan diri masing2 bahawa tidak ada seorang pun yang boleh pisahkan kami berdua
Kecuali dengan kuasa Than Yang Maha Esa...
Sehingga hari ini dan selamanya aku setia padanya,
Tapi kalau hayatku tak panjang apa bole buat,
Terpaksa lah belajar menerima kenyataan...
Akan tetapi lama kelamaan kami diduga dengan pelbagai rintangan,
Disebabkan itu juga telah memberi effect kepada keluarganya yang membuatkan keluarga dia xyakin kepada aku bersama dgn dia,
Malah aku dituduh yg bukan2 oleh keluarganya,
Aku hadapinya dengan hati yang tabah dan walaupun dituduh,
Dan aku cuba sedaya upaya utk mempertahankan cinta yang dibina 1 tahun ini,
Aku tetap memaafkan keluarganya kerana aku amat menghormatinya...
Aku sedar aku cuma orang miskin,
Tak sekaya keluarganya...
Setakat ini saja lah luahan yang terpendam dariku......
Assalamualaikum cinta hati
No comments:
Post a Comment